Thursday, April 15, 2021

e-Kokurikulum Online Google Classroom

 

Mohd Nizam bin Abd Samad (Ketua)

Rosazlinah Binti Sumarie

Muhamad Nasir Bin Abd Rashid

 

1. Tajuk projek

e-Kokurikulum Online Google Classroom

2. Pengenalan

Umum mengetahui Google Classroom adalah satu aplikasi untuk pendidikan oleh Google yang mesra pengguna dan ringan. Selain daripada ia adalah percuma, ada banyak manfaat menggunakan Google Classroom dalam mewujudkan suasana pengurusan kokurikulum yang lebih mudah dan efisiyen. Apakah manfaat e-Kokurikuum Online Google Classroom?

3. Objektif

3.1. Meringankan beban tugas guru dan pengurusan sekolah serta menjimatkan masa, tenaga dan wang.

3.2.  Pembudayaan sifar penggunaan kertas.

3.2.  Mudah diakses di mana-mana sahaja, boleh guna komputer/laptop dan

smartphone.serta boleh "sync" kan dengan akaun google kita yang lain

4. Refleksi - Sebelum Inovasi

            4.1.  Penyediaan pengurusan kokurikulum sebelum ini secara manual.

            4.2.  Penggunaan kertas dan dakwat printer memerlukan kewangan.

            4.3.  Membazirkan masa tenaga dan kewangan.

 5.  Proses pelaksanaan Inovasi - Semasa Inovasi

5.1.  Melalui tinjauan dan saranan guru-guru yang telah menggunakan eRPH Online Google Classroom yang amat memudahkan penggunaannya. Mereka inginkan pengurusan kokurikulum secara online juga.

5.2.  Admin menyediakan tapak menggunakan google sheet atau google doc didalam google classroom.

5.3.  Semua guru boleh berinteraksi di dalam google classroom.

 6.         Impak-Selepas Inovasi

            6.1.  Bebanan tugas guru dan pengurusan kokurikulum berkurangan,

menjimatkan masa, tenaga dan kewangan sekolah.

6.2.  Pembudayaan sifar penggunaan kertas.

7.  Kesimpulan

Pengurusan kokurikulum lebih bermakna dan up to date  selepas menggunakan e-Kokurikulum Google Classroom ini. Kebanyakan guru dan pengurusan sekolah suka kerana mudahkan kerja.e-Kokurikulum Google Classroom memudahkan kerja dari pelbagai sudut.

Saranan kami jika tuan puan seorang guru, pensyarah atau pendidik atau sesiapa sahaja yang belum gunakan e-Kokurikulum Online Google Classroom ini. Marilah sama-sama mencuba menuju revolusi industri 4.0. Tamat.

 

8.  Rujukan

8.1.https://abamjai.blogspot.com/2019/04/kelebihan-google-classroom-yang-ramai.html?m=1

8.2.http://mudahmengajar.blogspot.com/2019/06/20-manfaat-google-classroom.html

8.3. https://cikgusiber.com/kenali-google-classroom/

No comments:

Post a Comment